Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai.Pelan Tindakan Strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan oleh guru. Kajian dari aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang disertai dengan perancangan untuk lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan staregik sekolah.
Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah, kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani.
Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-murid, guru perlu cekap mencorak iklim yang memberansangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorakkan tingkahlaku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan sebagai pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid.
Bagi mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan refleksi. Merancang kurikululum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan kemajuan pelajar, merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.
Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif, bagi mengembangkan minda murid. Diperluaskan kepada kemahiran komunikasi, menyesuaikan diri, kemahiran sosial, dan perkembangan tingkahlaku. Prinsip umum pembelajaran, iaitu meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap keintlektualan, kerohanian, kekuatan emosi, dan keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut-nakutkan dan mengungut murid, sebaliknya memberi peluang kepada mereka memperbaiki kelemahan, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran perlu realistik dan boleh dilakukan, mengambil kira kemampuan murid, pembelajaran perlu dapat menentukan objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid, dan pembelajaran juga mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka.
Guru perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah, antara kemahiran dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diambil dari modul, model, kaedah dan teknik yang sedia ada atau menggunakan daya innovasi dan kreativiti membina model-model tersendiri, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi atau kesedaran emosi juga menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran.
Komunikasi adalah medan pemindahan pengetahuan, penyampaian pengajaran, mengembangkan kemahiran berkomunikasi, dan mendapat maklumat. Mengamalkan komunikasi berkesan, penggunaan bahasa, kesediaan mendengar, meningkatkan proses intraksi, komunikasi terbuka, kemahiran bertutur dan mengemukakan pandangan, berhujah dan berdailog,
Guru seharusnya mampu mengembangkan kemahiran komunikasi, lebih kreatif dan hubungan yang lebih dinamik kesannya, penyelesaian konflik yang berrlaku, memberi ruang untuk murid melahirkan pandangan, guru mampu melakukan pengaliran maklumat yang lebih berkesan, serta mendapat maklum balas yang benar. Guru berjaya menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran, dengan membina pelbagai kemahiran, yang boleh meningkatkan kecekapan, dan meluaskan skop pembelajaran, yang bermatlamat bagi meningkatkan pengajaran guru.
Justeru itu guru seharusnya mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan, salahtafsir, bahasa yang kasar, suara yang tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi murid, komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian dan tumpuan tentang pengajaran dan pembelajaran.
Kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan. Meransang minat, memenuhi keperluan diri, sosial, dan psikologi, dorongan dan sokongan, mengembangkan potensi, kebolehan, minat, bakat dan keyakinan diri murid.Kepakaran guru diukur dari aspek inisiatif, dedikasi, perancangan, kerjasama, kepimpinan, kepakaran, integriti yang tekal dalam organisasi yang dapat mengujudkan keharmonian dan menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan wawasan, keaktifan, dan pengurusan masa. Pembelajaran murid terhasil melalui proses pendengaran,pemerhatian, peniruan, membuat, ekplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran.
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, tetapi kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Pada amnya guru yang disukai murid antaranya ialah yang sentiasa berwajah periang, pandai berjenaka, bersangka baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, tenang menghadapi sebarang krisis, pendengar yang aktif, berjaya menyelesaikan konflik, dan tidak mudah menyalahkan orang lain. Imam al-Ghazali menggariskan ciri-ciri guru yang efektif iaitu guru yang memiliki rasa simpati kepada setiap murid dan melayani mereka seperti anak sendiri, meneladan sunnah Rasulullah S.A.W. yang ikhlas dalam memberi perkhidmatan, tidak membenarkan murid melaksanakan sesuatu tugas kecuali guru benar-benar mengetahui pengetahuan tersebut, menasihat murid secara lembut dan berhemah supaya meninggalkan perkara-perkara yang buruk, tidak sekali-kali merendahkan disiplin ilmu yang lain di hadapan murid, menghadkan pembelajaran bersesuaian dengan tahap pencapaian dan pemahaman murid dan tidak memaksa mereka mencapai sesuatu di luar kemampuan serta menyediakan bahan pembelajaran yang mudah difahami, jelas dan bersesuaian dengan tahap perkembangan akal murid.