Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK).
Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu kerenah murid, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan murid sebagai pelanggan utama.
Pengurus yang berwibawa sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan tugas yang diamanahkan, kreatif dan innovatif, dedkasi, adil, cekap, mesra, periang, bertimbangrasa, bersikap terbuka, tenang, sabar dan sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan, kritikan dan teguran yang dianggap sebagai cabaran dalam kerjaya. Pengurusan tanpa cacat (zero defect) yang peka dan sentiasa mencari pendekatan baru untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan serta kekurangan yang menjadi punca kepada pembaziran dan kegagalan di samping memiliki gaya pengurusan kualti yang mencakupi semua aspek bagi meningkatkan produktiviti, keberkesanan program dan bertindak dengan cekap.
Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.
No comments:
Post a Comment