Saturday, March 28, 2015

Pengujian, penilaian, pengukuran dan pentaksiran

Pengujian adalah merujuk kepada satu cara untuk merealisasikan maklumat tentang perubahan tingkahlaku seseorang. Ujian terdiri satu set soalan  atau tugasan murid yang meminta mereka memberi respons atau tindakbalas. Ujian yang dijalankan yang berfokus kepada satu atau lebih unit pembelajaran adalah sebagai pengukur keberkesanan hasil pembelajaran, mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang sesuatu isi pelajaran yang telah dihasilkan dalam aktiviti pembelajaran. Ujian petempatan pula adalah bertujuan menguji pengetahuan yang sedia ada, bagi menentukan aras pembelajaran yang berikut, dan ujian diagnostik adalah bertujuan untuk menjadi panduan kepada guru menentukan kaedah pemulihan dan  pengukuhan yang akan dilakukan selepas ujian tersebut.
Pengukuran merupakan suatu proses untuk menetapkan kuantiti dan tahap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Alat pengukuran yang biasa digunakan oleh seseorang guru. Tujuan pengukuran dalam bilik darjah adalah untuk mengesan hasil pembelajaran, mengesan kemahiran, kemajuan yang telah dicapai dalam pembelajaran yang lain serta membuat refleksi terhadap kemampuan dan penguasaan  seeorang murid. Cara pengukuran boleh dilakukan dengan kaedah yang pelbagai bagi mendapatkan data kuantitif, bagi menunjukkan pencapaian dalam isi pelajaran yang diukur.
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau tahap sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Penilaian melibatkan tiga langkah iaitu mendapatkan maklumat melalui cara mengukur, menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran dan membuat sesuatu pertimbangan berdasarkan hasil pengukuran. Selain daripada ujian, penilaian boleh dilakukan melalui soal selidik, senarai semak, bagi mendapatkan maklumat tentang pencapaian dan tingkahlaku murid secara menyeluruh.Kepentingan penilaian dalam bilik darjah, antaranya membantu guru merancang strategi pengajaran setelah mengetahui punca kelemahan dan merancang program pengukuhan, dan menentukan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien dan efektif. Murid dan ibubapa mendapat laporan kemajuan pelajaran. Mengesahkan tahap pencapaian murid bagi membantu guru membuat tindakan susulan. Membantu Pengetua atau Guru Besar, Penolong Kanan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, kaunselor, Guru Bidang dan juga Ketua Panitia Mata Pelajaran bagi melaksanakan berbagai pendekatan membantu meningkatkan prestasi dalam peperiksaan.
Penilaian terbahagi kepada dua kategori iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.  Penilaian formatif bertujuan untuk mengukur kemajuan pelajaran murid setelah sesuatu hasil pembelajaran telah selesai dilaksanakan oleh guru, guru dapat mengetahui pencapaian murid sama ada boleh diteruskan ke hasil pembelajaran yang berikutnya. Sekiranya mejoriti murid gagal dalam ujian ini, guru seharusnya melakukan pemulihan atau pengulangan dalam kaedah atau pendekatan yang lebih mudah. Jika sebilangan kecil murid yang gagal, maka murid-murid tersebut juga perlu diipulihkan melalui bimbingan atau menyediakan tugasan tertentu dan dalam masa yang sama pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang berjaya diteruskan ke aras atau hasil pelajaran yang berikutnya.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dilakasanakan di akhir semester atau tahun seperti peperiksaan akhir tahun, peperiksaan semester I, peperiksaan percubaan dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menentukan gred-gred pencapaian atau untuk memberi penganugerahan atau sijil. Bidangnya menjadi lebih luas yang mencakupi semua perkara yang perlu dikuasai murid bagi setiap mata pelajaran. Guru juga menggunakan keputusan tersebut sebagai menilai semula keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Beberapa jenis ujian boleh dilaksanakan oleh guru, antaranya, ujian rujukan kriteria, ujian rujukan norma, ujian objektif, ujian subjektif, ujian tara, ujian buatan guru, ujian bukan bertulis, ujian bertulis, ujian kepantasan dan ujian daya.
Ujian rujukan norma ialah ujian yang bertujuan membanding pencapaian seorang murid dengan murid yang lain. Soalan-soalan yang dikemukakan terdapat aras mudah, sederhana dan sukar. Ujian rujukan kriteria ialah  pencapaian seseorang murid diukur dan dibandingkan dengan kretiria yang telah ditentukan contohnya untuk mendapat markah yang penuh bagi sesuatu soalan atau tugasan maka murid berkenaan perlu memenuhi aspek-aspek yang telah ditentukan. Soalan-soalan dalam ujian ini adalah hampir sama aras kesukarannya, guru dapat membayangkan tahap pengetahuan dan kemahiran yang dicapai oleh murid yang berkenaan. Ujian rujukan kretiria ini lebih mengutamakan pembelajaran bahagian-bahagian tertetu bukan keseluruhan.
Ujian objektif adalah ujian yang biasanya memerlukan jawapan pendek iaitu beberapa perkataan sahaja atau menandakan jawapan mana yang betul, contohnya ujian aneka pilihan, salah-betul, padanan, isi tempat kosong dan lengkapkan dan pemeriksa akan memberi markah yang sama dengan pemeriksa yang lain. Ujian subjektif, ialah soalan yang bertujuan untuk menguji pengetahuan, kefahaman dan kebolehan murid itu berfikir, menganalisis, membuat sentisis dan penilaian. Calon diberi kebebasan untuk memberi jawapan dengan pendekatan sendiri. Soalan ini terbahagi kepada soalan yang memerlukan jawapan yang ringkas, dan soalan yang memerlukan jawapan yang tiada had.
Ujian tara ialah ujian yang mempunyai prsedur pentadbiran dan permarkahan yang setara dengan murid di tempat yang lain sama bagi satu daerah, negeri atau Negara. Ujian buatan guru adalah ujian yang disediakan untuk mengukur hasil pengajaran dan pembelajaran seseorang guru bagi mata pelajaran tersebut. Ujian bulanan, pertengahan tahun dan akhir tahun sama ada berbentuk objektif atau subjektif.
Ujian bukan bertulis dikatakan sebagai ujian perlakuan, yang tidak menggunakan perkataan kecuali semasa memberi arahan. Contohnya, murid menyusun kembali keratan-keratan gambar supaya menjadi gambar yang lengkap. Ujian bertulis iaitu ujian yang perlu dijawab menggunakan perkataan yang ditulis di atas kertas.
Ujian kepantasan ialah ujian yang mengandungi jumlah soalan yang banyak dan perlu diselesaikan dalam jangka masa yang terhad dan hampir sama aras kesukarannya. Ujian Daya ialah ujian yang terdiri daripada soalan-soalan yang berbeza-beza aras kesukaran dan markahnya tertakluk kepada jumlah soalan yang dijawab dengan betul, masa yang diperuntukkan adalah lebih lama dimana mejoriti pelajar dapat menyelesaikan semua soalan.
Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai  jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Tujuan utama pembinaan  JSU untuk mengawal soalan-soalan yang akan dihasilkan,  menentukan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, menjadi garis panduan kepada penggubal soalan, menstabilkan aras kesukaran yang ditentukan oleh pihak bertanggungjawab, dan membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.
Ciri-ciri utama  JSU ialah penentuan tajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, paksi menegak adalah tajuk atau isi pengajaran, paksi mendatar adalah kemahiran atau konstruk, bilangan soalan, dan menetukan kesahan setiap ujian. Prosedur pembinaan JSU iaitu bermula dengan langkah pertama iaitu memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji, menyenaraikan isi atau tajuk-tajuk, dan membina carta menegak dan melintang

No comments:

Post a Comment