Thursday, March 26, 2015

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

Tanggal 14 Julai 2014 bermulalah perjalanan saya sebagai seorang guru pelatih di salah sebuah sekolah di Masjid Tanah Melaka. Saya telah memilih Sekolah Menengah Sultan Alauddin, Masjid Tanah sebagai tempat latihan mengajar. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar. Suasananya sangat harmoni dan tenteram.

SMK Sultan Alauddin mempunyai murid seramai lebih daripada 1400 orang. Sekolah ini memiliki lebih kurang 40 buah kelas untuk memuatkan kesemua murid. Muird di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina dan India. Sekolah ini juga dilengkapi dengan Asrama Putera dan Puteri.

Pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di sekolah ini. Hal ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk di jalankan. Murid-murid di sekolah ini sememangnya memberikan kerjasama yang baik kepada saya sebgai guru pelatih. Guru-guru di sekolah ini juga banyak membantu dan membimbing saya sewaktu menjalani latihan mengajar.

Saya bersyukur ke hadrat Ilhai kerana kerjasama yang baik daripada pihak sekolah telah menjayakan latihan mengajar saya dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Saya menggucapkan jutaan teruma kasih kepada pihak SMK Sultan Alauddin yang banyak membantu saya semasa menjalani latihan mengajar yang sememangnya banyak perkara baru yang perlu kita pelajari.















No comments:

Post a Comment