Guru merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan melalui pelbagai kaedah yang menarik, bukan sekadar guru menggambarkan sepintas lalu isi kandungan, tetapi guru boleh menggerakkan murid memberi rumusan berdasar pengalaman pembelajaran tersebut, rumusan juga boleh dipindah dalam pelbagai bentuk seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak, pantun, soal jawab dan main peranan.
Tugasan yang disediakan kepada murid adalah untuk pemulihan dan pengukuhan, bergantung kepada pencapaian hasil pembelajaran, tugasan boleh dijelmakan dalam bentuk pemantapan isi seperti meminta murid menyedia peta minda lengkap, menjawab soalan-soalan yang diberi atau untuk tujuan pengukuhan seperti membuat rujukan di perpustakaan, menyediakan folio, atau buku skrap, membuat kajian-kajian luaran, menulis dalam bentuk karangan dan sebagainya.
Guru perlu mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut dan mencari peluang-peluang bagi pengubahsuaian serta mengemuka pandangan atau cadangan bagi menyelesaikan beberapa masaalah pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikut dapat dilaksakan dengan lebih sempurna dan terdapat penambahbaikan.
No comments:
Post a Comment