Bergelar seorang guru pelatih semasa latihan mengajar amat memberi seribu erti dalam hidup saya. Profesion perguruan merupakan bidang yang amat mencabar. erbagai seorang guru yang bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa, kita perlu menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab.
Semasa latihan mengajar, saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas Tingkatan 1 Budiman dan Tingkatan 2KAA2. Pada awal latihan mengajar saya rasa begitu gementar dan risau untuk mengajar mereka kerana inilah kali pertama saya berada dalam persekitaran sebagai seorang guru yang perlu mengajar dan mendidik murid.
Saya bersyukur kerana muird-murid memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang latihan mengajar saya. Saya telah diberikan 12 waktu mengajar mata pelajaran bahasa Melayu bagi kedua-kedua kelas. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, saya perlu menjadi seorang guru yang bijak menyediakan bahan pengajaran yang menarik dan pelbagai dalam menarik minat serta motivasi murid-murid saya.
Kepelbagaian alat bantu mengajar berjaya menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selesa. Murid-murid juga memberikan kerjasama yang baik serta mampu memberi pandangan dan respon pada setiap sesi pengajaran saya.
Oleh itu, sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa berfikiran kreatif dan kritis. Kita juga perlu melakukan inovasi dalam setiap pengajaran dan pembelajaran yang ingun di sampaikan dari semasa ke semasa. Gambar-gambar di bawah adalah contoh-contoh alat bantu mengajar.
No comments:
Post a Comment