Saturday, March 28, 2015

Apakah refleksi?

Refleksi dari sudut keguruan adalah merupakan gambaran dan bayangan kepada hasil pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran untuk meningkatkan kemahiran guru. Refleksi dalam pengajaran meliputi refleksi kendiri seseorang guru, iaitu menganalisis secara terarah dan bermatlamat hasil pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Guru akan sentiasa berfikir untuk mencapai tujuan dan matlamat profesional dengan lebih teratur. Guru akan melihat pelbagai peluang secara analitikal, obejektif dan mengutamakan prosese berfikir. Refleksi dari sudut keguruan juga membantu seseorang guru untuk merenung apa-apa yang akan berlaku (reflection for action), sedang berlaku ( reflection in action ), dan telah berlaku ( reflection on action ) untuk meningkatkan tahap profesional kendiri.


Refleksi memainkan peranan yang amat penting kepada guru sebagai pengamal refleksi. Refleksi dapat membantu guru mengenal pasti kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Refleksi juga dapat menghuraikan tentang apa yang telah dirancang, mungkin peristiwa baharu atau kesan daripada peristiwa yang telah lalu. Selain itu, guru juga akan dapat mengenal pasti tentang tingkah laku yang menghalang proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirangcang dan dilaksanakan. Hal ini akan berlakunya dialog dalam diri dengan membuat pelbagai hipotesis tentang kemungkinan-kemungkinan penyebab perkara itu berlaku. Guru akan menganalisis kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran dan akan mencadangkan alternatif untuk meyelesaikannya. Refleksi akan membantu guru untuk merangka pengajaran baharu dengan mengambil hanya satu hipotesis yang difikirkan lebih berkesan. Secara tidak langsung guru telah mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Guru juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perguruan. Maka akan wujudlah budaya kerja profesional perguruan. 

No comments:

Post a Comment