Saturday, March 28, 2015

Pengurusan Murid

Murid adalah pelanggan bagi setiap  guru dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.
Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang, komonikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer, telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomonikasi terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan.  Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan.
Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial sebagai satu aspek penting dalam bilik darjah.  Setiap yang dipimpin perlukan penghargaan dan pengiktirafan, dan guru seharusnnya bijak menggunakan kebijaksanaan komunikasi serta pendekatan penyayang dengan menghadiahkan senyuman, memberikan penghargaan apabila mereka mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelum, misalnya, kelas yang lebih teratur, kemas yang bersih. Menghabiskan ayat hafazan sebelum jangka masa yang ditentukan, markah yang semakin baik. Sekeping kertas berbentuk surat penghargaan, atau sebatang pen sebagai tanda penghargaan sudah menunjukkan keikhlaan guru bagi meningkatkan prestasi mereka.
Guru menunjukkan teladan sebagai seorang professional, membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang segala tingkahlaku negative. Guru sepatutnya mengelak diri daripada menggunakan pendekatan-pendekatan yang bertentangan dengan norma kemanusiaan yang menggalak murid menghargai pertumbuhan pengetahuanh dan kemahiran diri.
Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra di antara sesama murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, meyeronokkan yang menyentuh emosi, meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan enovatif, penyertaan yang aktif, pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat, yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti dengan perasaan kasih dan sayang dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembang potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkauliti.
Guru boleh membuat jangkaan terhadap pelajar, seperti mengurangkan kadar ponteng dan permasalahan disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dalam sesebuah bilik darjah, bukan satu ukuran yang subjektif untuk dibuat satu kesimpulan bahawa kelas tersebut tidak dapat dibangunkan, tetapi bagaimana guru menyusun kedudukan meja, mengorganisasikan murid sebagai sebuah pasukan yang mantap, melalui tindakan guru sebagai fasilitator, pembimbing, penyelia, pengawal dan penggerak serta menggunakan pelbagai pendekatan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran yang disertai dengan semangat, minat, dan komitmen guru bagi menjayakan visi dan misi. Kecekapan yang ditunjukan oleh guru bagi menhasilkan bilik darjah sebagai sebuah rumah dalam slogan,’ bilik darjah ku, rumah ku’.
Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .
Strategi bagi mengawal keadaan ini, guru mengenalpasti murid-murid yang menimbulkan punca permasalahan, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’ dengan permasalahan rakan mereka itu, murid yang berkenaan dikenalpastikan pula punca yang menyebabkan ia bertindak sedemikian, cuba membantu menyelesaikan punca permasalahan itu, dan teruskan aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid yang berkenaan sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang tidak disenangi guru. Guru juga sentiasa mempamerkan pengiktirafan terhadap murid berkenaan ketika berada di luar waktu pengajaran dan pembelajaran, ketegasan kepada disiplin pembelajaran perlu dilakukan dengan cara dan pedekatan yang berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan penderaan tetapi pengajaran. Sekiranya perlu murid berkenaan diberikan nasihat, teguran dan kata-kata motivasi yang menggambarkan bahawa guru menyayanginya. Apabila berlaku perubahan ke arah kebaikan, berilah pengiktirafan dan penghargaan terima kasih.  Kesabaran, kecekalan dan kesungguhan untuk membentuk perangai mereka yang kadangkala mengambil masa yang agak lama.
Beberapa perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid, antaranya ialah senaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib murid patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran dan disertai dengan sebab-sebab dan objektifnya. Membiasakan diri datang ke bilik darjah menepati masa, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid, yang dimulakan dengan set induksi yang menarik dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menghilangkan rasa kebosanan mereka atau melakukan beberapa tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran tersebut,  guru tidak melengah-lengah waktu untuk memulakan pengajaran dan menamatkan pengajaran diminit-minit yang akhir, untuk mengelakkan murid melakukan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan hasil pembelajaran, banyak merangsangkan minda mereka dengan kata-kata bermotivasi dan penuh dengan senyuman dan jenaka (sense humor), dan pujian supaya suasana  senstiasa ceria, di samping memberi teguran umum yang berupa nasihat tetapi bukan leteran. Guru juga menghormati murid seperti orang lain,  bersikap adil kepada semua murid, hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran.






No comments:

Post a Comment